Woman Car Broke Down

Periksa Kereta Anda Jika Terdapat 3 Bunyi Ini

Adakah kereta anda cuba menyampaikan sesuatu dengan mengeluarkan bunyi-bunyi seperti bunyi bising, bersiul dan bunyi geseran? Jika ya, jangan abaikan bunyi-bunyi ini!

Bahagian-bahagian kereta yang telah lama dipakai atau ketidakseimbangan kereta akan mengeluarkan bunyi yang kurang enak didengar. Jika anda peka akan masalah yang dihadapi oleh kereta anda dengan lebih awal, anda mampu menjimatkan masa dan wang ringgit semasa kereta dihantar ke bengkel!

Berikut adalah masalah-masalah yang mungkin ada pada kereta anda:

1. Bunyi Geseran

Bayangkan geseran kapur pada papan hitam.

Jika kereta anda mengeluarkan bunyi tersebut, ia berkemungkinan datang dari pelbagai “tali” kereta anda. “Tali” yang paling penting ialah tali sawat pemasaan atau lebih dikenali sebagai “timing belt”. “Timing belt” adalah object yang mudah haus dan lusuh sama seperti tali-tali lain yang terdapat pada kereta. Jesteru itu, bunyi geseran ini menandakan terdapat masalah pada takal penyelarasan yang menyokong “timing belt”, regangan pada tali atau “timing belt” itu sendiri.

Seandainya “timing belt” tidak berfungsi dengan baik, ia dapat merosakkan enjin kereta anda. Penyelesaian terbaik adalah dengan menghantar kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan. Tukar tali sawat pemasaan (timing belt) dan baiki ketegangan tali pada setiap 80,000 km.

2. Bunyi Tajam

Bunyi ini terhasil apabila kenderaan anda bergerak di atas jalan raya. Sekiranya tayar dibahagian hadapan mula mengeluarkan bunyi seperti sebuah kereta api di landasannya- jangan mengambil remeh perkara ini.

Kereta sedan terkini adalah kereta pacuan roda hadapan. Apabila kereta anda mengeluarkan bunyi seperti “clack-clack-clack” sewaktu membuat pusingan, ini bermakna “CV joints” anda gagal untuk berfungsi.Tindakan segera perlu diambil sekiranya kereta anda mengeluarkan bunyi ini.

Tindakan segera perlu diambil sekiranya kereta anda mengeluarkan bunyi ini.

3. Bunyi Hentakan

Dua bahagian logam yang berlanggar antara satu sama lain akan menghasilkan bunyi hentakan yang kuat.

Sekiranya kereta anda berbunyi demikian apabila melalui bonggol atau terlanggar lubang di jalan raya, anda mungkin mempunyai isu suspensi. Jika anda mendengar bunyi hentakan ketika pembrekan, perkara ini mungkin berkaitan dengan stereng atau masalah pembrekan.

Samada isu ini datang dari suspensi, stereng ataupun brek anda, lakukan memeriksaaan di bengkel dengan secepat mungkin sebelum masalah menjadi lebih teruk lagi.

Tidak rugi jika anda memberikan lebih perhatian kepada tanda-tanda awal yang disampaikan oleh kereta anda. Anda mampu menyelamatkan diri dari kos permbaikan kereta yang mahal.